Mar 26, 2016

New Zealand : Budget & Tips

Fresh Home-made Story by Faz Zulkifli

Tunnel Beach, Dunedin
BAJET


1. Flight w/baggage : RM1500
2. VISA : RM20
3. Transit Melbourne 1D (baggage storage/bus/train/breakfast/lunch) : RM123.60
4. Christchurch town (shuttle/bus/tram/breakfast/lunch) : RM128.16
5. Accommodation before tour arranged by TAB (sebenarnya boleh dapat lebih murah if arrange sendiri) : RM160 
6. Sewa caravan/motorhome & powered campsite for 6D5N (share 6 orang) : RM437.75/harga TAB
7. Makan (Breakfast & Dinner) : RM100 bayar kat TAB diorang masak
8. Groceries (Lunch - share 11 orang) : RM46.08
9. Petrol (share 6 orang/caravan) : RM115.20 - RM200 max.
10. Activities (depends) : Milford Sound : RM230.40, Skyline Gondola & Luge : RM129.60, etc.

TOTAL : RM2990.79

Know that the price can be lower e.g. depends on the caravan/motorhome you rent.

Tukaran wang masa tu (harga money changer), RM2.88 = NZD1 / RM3.09 = AUD1. Masa dekat New Zealand, Ringgit Malaysia naik sikit, RM2.75 = NZD1. Boleh juga aktifkan debit card for international, withdraw guna ATM diorang, kena caj tambahan NZD3 tak kira how much you withdraw.

Flight, biasanya Air Asia X (KL-Melbourne) & Jetstar (Melbourne-Christchurch). But now Air Asia dah buka route from KL-Auckland mungkin lagi berbaloi. Explore your options. If tak nak extra charge on baggage, I suggest bawa backpack not luggage. Baju bawa sikit boleh guna laundry dekat campsite. Pastu kena sedar diri la untuk tidak shopping souvenirs and chocolates lebih-lebih. Jetstar akan timbang berat beg tu bila nak balik.

Regarding taking a tour, in my case, Trip Adik Beradik, they'll cover point (6) only selain daripada guide perjalanan korang. Segala urusan deposit, insurance, liability caravan and book campsite diorang buat. Depa tak cover point (2) & (7-9). Point (2) pun beli through diorang kena charge RM60. Makan breakfast and dinner included, depa masak tapi bayar lebih RM100. I said this sebab I thought all included in the tour. Depa pun tulis 'all ground' excluding FLIGHT and ACTIVITIES. Taktaulah 'all' tang mana. Minyak tu pelik juga murah gitu sebab tengok bajet orang lain RM200 lebih. Nampak sangat tak berjalan ke cane.

So for point (6), refer this web utk cara menyewa sendiri caravan/motorhome : Kembara dengan Campervan di Western Australia.


Cadbury World, Cumberland St., Dunedin.

Perbelanjaan hawa nafsu, kudapan, souvenirs, chocolates, laundry, needs, tak banyak pun since bukan jenis berbelanja so habis dalam NZD38 je hahaha. Entah apa la dibuatnya belanja NZD38 je. Nak jimat lagi, kalau boleh semua benda nak share.

LAGI PENGALAMAN DAN TIPS

The campsite.

1.  Bila dah sampai campsite, first thing first, sambung wayar electric, buang air (air caravan ye), refill air. But, ada certain campsite 'dump site' dia asing. Maksudnya bukan sebelah menyebelah dengan tempat sockets for electricity, so, bila nak alih caravan tu cek dulu bersambung tak wayar electric. Kitorang lupa, dah satu hal nak baiki, beli baru.

Kanan for water supply. Kiri power house.
Buang air penggunaan sinki dan tandas tu kat sini - grey water disposal. Toksah buat perangai buang merata macam budaya kita tu haha. Depa ni memang ada tempat khas untuk buang waste.


2. Motorhome memang ada toilet tapi tak guna sangat sebab memikirkan hygiene and takyah susah-susah nak bersihkan, nak buang our waste lagi. Setakat nak ambil wudhu' bolehla. Tapi ada sekali tu tak tertahan sangat, kerana terpaksa direlakanlah.

Since tak guna tandas, jadi storage. Tandas dia ni bersih memang takde bacteria. Condition motorhome bila dapat pun memang tip top.

3. Dapat caravan minyak penuh. So, pulangkan pun kena minyak penuh. Bukan sekering-keringnya.

4. At each campsite, fasiliti dia lengkap, kitchen, laundry, you name it. But since motorhome ada dapur, masak dalam tu je lah. Takdelah bersesak dalam kitchen yang dihiasi bau bacon hehe. Melekat kat baju. Tapi kalau saje nak cari jodoh, bolehla HAHAHA. Segala peralatan yang sedia ada dalam motorhome perlu samak actually - pinggan mangkuk, periuk, utensils, etc. Begitu juga sponge/berus pencuci yang disediakan di kitchen campsite pun kalau boleh elakkan. So, bawa berus samak siap-siap dari Malaysia tau.

Public kitchen di campsite Te Anau. Habis guna, cuci, lap. Jangan dok buat perangai Malaysia kat sini. Sisa makanan buang dulu jangan main basuh je kat sink tu.
Public cafe/lounge sebelah kitchen di Te Anau.
Motorhome's kitchen.
Motorhome's microwave.

5. Laundry dia paling murah boleh dapat NZD2/machine dekat Queenstown. Nak murah semuanya dekat town. If dekat Te Anau, jadi NZD4/machine. Rajin-rajinlah berkongsi dengan travel partner.

6. Caravan ni ada roof vent - tengah, belakang, dalam toilet. Kalau tiba-tiba cuaca sejuk gila sebab tak menentu bila kita bergerak dari utara ke selatan ni, janganla lupa tutup bendalah ni ea. Tingkap pun cek dulu dah tutup belum!

7. Korang akan rasa cuaca sejuk dan panas - tapi takdelah panas pun, sejuk juga. Bawalah jacket yang agak tebal or pakai inner, glove, lip balm, face moisturizer - penting semua ni! Even bukan winter pun.

8. Sebab breakfast and dinner TAB masakkan, kitorang masak lunch je. Since siang kita bergerak, lunch masak waktu pagi, store dalam tupperware. Bangun Subuh terus masak nasi. Beli siap-siap groceries on the first day. Tengah hari dah lapar kang berhenti tepi jalan, makan.


First day sampai 3 pots masak nasi.
Lunch at Lindis Pass.

9. Nak beli ayam tu, cari brand Tegel/Brink's - HALAL. Tegel's Satay Chicken sedappp! Though NZ ni home to the World's Largest Halal Slaughter Houses, kena cek juga status halal dia from time to time.

10. If pergi mart, tolonglah beli Dad's Pies - supermarket takde. Serious sedap. Muffin pun sedap tapi tak ingat brand apa. Boleh cakap je lah haha.

For express lunch.

11. If tandas campsite unisex, try cari yang asing. Sometimes jauh sikit tersorok. Kadang-kadang tu memang asing tapi sebab dia nak cuci, dia tutup satu tandas, jadila unisex. Suka hati je kan. Tolonglah berteman and jangan tinggal kawan korang tu. Takut bila berkongsi ni ada pulak yang mabuk-mabuk, bersuka ria, tak tau kenapa nak have fun dalam tandas ni, silap haribulan kena intai - high sangat. Paling kena bejaga kat Queenstown sebab tumpuan pelancong. Ramai orang sikit and muda. Biasa orang tua je.


Tandas unisex Lake Tekapo Holiday Park. Bestnyalah public toilet bersih.

12. Paling nak elak bila drive ni haruslah saman. Ikut had memandu tu satu hal tapi since kita drive motorhome, if satu lane je and jalan sibuk, kena ingat orang belakang. Kalau panjang beratur belakang kita, bagi signal ke kiri then bagi laluan kat diorang. Drive slow pun satu kesalahan gak. Masalah. Caravan kitorang ikut caravan depan, kitorang pun rasa diorang slow, tapi kitorang pun kena sound juga sebab rapat sangat. Nasib tak kena saman.

Nak merasa bawa VW.

13. Bila motorhome tengah gerak, tak boleh duduk ruang belakang - either driver seat or kat tengah. Awal-awal rajinla transform meja - katil - meja. Lama-lama tu biar je katil. So masa polis kejar, kelaut semuanya. Situasi dalam caravan masa tu serius dengan bunyi siren polisnya, tapi saya tahan gelak sebenarnya sebab ada orang buat aksi superwoman transform katil - meja all by herself bahahaha. Semua benda dicampak, entah rupa apa tah masa tu.

Meja di ruang tengah. Ruang belakang tu syiok sebab luas.

14. Angin kuat. Tersangat kuat. Bila drive tu, kena grip stearing, memang terasa caravan tu ditolak. And if nak keluar, tgk kondisi angin, boleh terbang pintu tu - serious. Especially driver's.

15. High Country Salmon burger. Paling murah NZD5. Syiok ikan salmon hidup dalam air biru.


Mohon food companies ikut ni - isi yang gemuk, bukan roti.

16. Opt for free shuttle to and fro airport through your booked motel/campervan.

17. Jangan langgar lampu merah!!! Kamera ada di mana mana

Itinerary here : New Zealand by Motorhome 1 : Itinerary & Experiences
Review for Trip Adik Beradik here : Tour Review : Trip Adik Beradik to New Zealand (March 2016)

New Zealand : Itinerary & Experiences

Fresh Home-made Story by Faz Zulkifli

Alhamdulillah diberi peluang ke South Island, New Zealand. Kebesaran Allah tu sangat dirasai. Kalau boleh, pergilah biarpun tak berduit (tak buat aktiviti berbayar kat sana), just enjoy the view yang pandang kiri, kanan, atas, semuanya lawa! Walaupun dalam gambar cantik dah tapi yang real punya laaagi cantik. The cameras can't capture it all - the colors, the 360 view - just amazing.

For starter, I didn't travel by my own and rasa rugi sebenarnya since saya self-proclaimed backpacker (heh) and prefer not taking any tour for these two things, (1) Tak boleh travel ke tempat yang kita nak pergi, ke ceruk yang dalam-dalam sebab terikat dengan tour (2) Extra money to pay for the guided tour. Tapi disebabkan percaya Trip Adik Beradik boleh cross that number 1 out, me and my friend bluntly followed the tour.

So, here's the summary of our 6D5N travel to South Island, New Zealand guided by Trip Adik Beradik. Ambillah sehari sebelum tour untuk jalan-jalan di sekitar bandar Christchurch. So I stayed at South Island for 7D6N. Along the post, I'll add on some more interesting places to be visited.

Tick merah tu tempat yang tidak sempat, tidak dapat dikunjungi. This one refer to TAB's posted itinerary dekat blog diorang. I don't know lah why tak sempat begitu banyak kan. Except for the Milford Sound, the frozen world, we were unlucky that we have to skip that one.

The caravan/motorhome. Dua famous brand : Apollo & Britz. Kitorang sewa Apollo.
6 people max. Ada 3 tempat tidur - atas driver, tengah dan belakang. Belakang paling spacious. Sewa motorhome yang ada tandas, sink, stove, microwave, kettle, pinggan mangkuk, cawan, gelas, sudu garfu, tupperware, bedding kit, bantal, selimut, towel - semua lengkap. More on how to rent by your own : Kembara dengan Campervan. Susah? Tak lah, senang je drive bendalah ni. Jangan lupa baca Bismillah.

DAY 1
AIRPORT - CHRISTCHURCH TOWN

Touchdown Christchurch Airport terus jalan-jalan sekitar Christchurch town. From the Airport to the town by shuttle van : NZD8-NZD11. Explore more on the bus route - lagi murah and simpan tiket untuk free return. Isi perut dengan muffin, pie, dengan susu beli dekat MetroMart in town. If nak lebih kenyang, dekat dengan airport tu jalan kaki sedikit jauh ke Countdown supermarket, ada kedai Little India.

Must go:
1. Re:START mall 
Since diorang baru dilanda earthquake pada February 2011, so masih ada buildings and facilities under construction. The earthquake took up alomost 70% of the original development. Another side of Re:START adalah the expression of art it has. Bakal menarik minat mereka yang berjiwa seni dan seni bina. Lepak minum kopi pun bagus juga.

Peninggalan gereja selepas earthquake ini dijadikan sebagai memorial. There were some people that came and pray for their lost ones here.
Re:START mall built by using shipping containers with street walkway and open air concept.

2. Christchurch Botanical Gardens & Hagley Park
Calling out all the nature lovers out there! Tak dan nak habis tour satu garden ni tapi be sure to walk all the way sampai Rose Garden. Jauh ke dalam tapi lepas jumpa bunga ros besar-besar hilang penat.

MJ all the way!

3. Cardboard Cathedral
One of Shigeru Ban's emegency architecture sebabnya gereja ini merupakan pengganti gereja utama yang musnah teruk akibat earthquake. Of course sebab nak tengok hasil architecture yang diperbuat dari cardboard ni.

Banyak lagi sebenarnya attractions dekat Christchurch town tapi yang atas ni jangan tinggal. Ada tram service in town that will stop at iconic Christchurch attractions untuk NZD20 sepanjang hari. Boleh hop on hop off bila-bila janji jangan kasi hilang tiket. If nak jalan pun takde hal sebab dekat je tempat-tempat yang dia bawak tu.

If you have more time, days and money,
4. Akaroa Dolphins Cruise
5. Lyttleton Harbour

DAY 2
CHRISTCHURCH - LAKE TEKAPO

Tour starts. First stop, Countdown supermarket since we'll have to cook. Plan nak masak apa selama 6 hari, beli groceries just enough. Then straight ahead to Lake Tekapo & Church of the Good Shepherd.

Church of the Good Shepherd with Mount Cook in the distance.
Lake Tekapo.
Lake Tekapo Motels & Holiday Park. Borak-borak, makan, bermalam, bangun pagi, with this view in front!

Lepas breakfast, tak makan sampailah tiba campsite at 4pm. Sad. Jadi, if ikut trip ni, prepare for first day on the road lunch. Macam tak berhenti ja depa ni guide satu, and sebab ramai jugak actually yang terkejut dapat task kena beli and masak lunch sendiri ni. More on the tour management here. Saya sendiri pun baru tahu lepas naik flight.

NOTES : If you got time, why don't you take the wheels to Rakaia Gorge, Omarama Clay Cliffs, Glentanner Park or spend a day at Franz Josef Glacier and Punakaiki Pancake Rock & Blowholes.

DAY 3
TEKAPO - LAKE PUKAKI - LAKE MERINO - HIGH COUNTRY SALMON - LINDISS PASS, WAITAKI DISTRICT - BRADRONA - CROWN RANGE PASS, CARDRONA - QUEENSTOWN

Dalam perjalanan ke Queenstown, banyak persinggahan yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan (awat ayat macam karangan BM niii haha).


Lake Pukaki. Dua-dua view cantik. Yang menghadap tasik dan gunung juga yang bertentangan dengannya - view lalang dari bawah sampai ke gunung warna coklat.
The opposite of Lake Pukaki. Cenggini la gaya memasing amek port.
Hold still of your cameras and don't sleep! Tahan jugak mata tu walau macam mana sekali pun ok?
ya Allah..lalang pun cantik. Baring tengok langit biru, the best. Lindis Pass at Waitaki District.
Let us run towards the mountains - Cardrona's beauty.

My first driving experience dekat New Zealand adalah melalui jalan yang berliku dari Cardrona ke Queenstown. It was good enough to make everyone wanna throw up but they didn't so it's all good. Setibanya di bandar Queenstown, caravan-mate laung dari belakang, 'Faz, kau tengok kau drive jadi apa kat belakang ni. Huru-hara!'. Lol pusing belakang diorang semua terbaring dengan sofa terjatuh-jatuh. Kekeke. Salahkan jalan please. Mungkin ada laa sikit rasa takut tu sbb first time bawak kereta besar, jalan jauh dan berliku pula tu. Yang penting semua selamat.


Berliku macam ni dari atas bukit sampailah nak ke bawah bukit. Endless.

Ada aunty seorang ni dekat simpang nak masuk campsite duk tengok je saya drive dengan terpampang muka dia in disbelieve so I waved at her. Her eyes still glued at me till I drove past her. Perhaps wondering, 'Why does a kid driving a motorhome?'.

NOTES : Stay longer to include,
1. Berbasikal di Wanaka Town melalui Lake Wanaka (sewa basikal selama 3 jam pun sudah mencukupi).
2. Puzzling World, Wanaka.
3. Menunggang kuda tanpa pengawasan di Cardrona (Backcountry Saddle) selama 2 jam dengan harga NZD90.


DAY 4
QUEENSTOWN - TE ANAU


Lake Wakatipu at Queenstown.
Queenstown, also known as The Adventure Capital of the World. Provide a day or two untuk try macam-macam outdoor activities dekat sini. Poket pun kena tebal. To name a few:

1. Skyline Gondola & Luge (paling basic and wajib try) : NZD45
2. Parasailing : NZD159
3. Kayak : NZD25/1hr
4. Skippers Canyon Scenic Tour + Jet Trip : NZD189
5. AJ Hackett Bungy Jump (once in a lifetime experience) : NZD196
6. Jet Boat
7. Helicopter Ride

...and many moreee! Boleh research sendiri aktiviti apa nak buat bersesuaian dengan kekuatan jiwa dan bajet. Then untuk tiket boleh beli siap-siap di campsite or town and if buy through voucher sites, boleh dapat lagi murah : Grabone / Bookme. Ala-ala Groupon.

Kawarau Suspension Bridge dekat tempat buat bungy jump.

Take your time jalan-jalan bandar Queenstown. It's a beautiful city. One of my favorite. This is where you'll get the cheapest price for souvenirs as well. Terbalik sikit dekat sini. If dekat town, kat situlah paling murah and since Queenstown ni dikenali juga sebagai Tourist City.

Queenstown ni malam je sejuk menyucuk tapi bila siang matahari dia agak panas so bila suhu 4-9 darjah Celsius pun tak terasa sejuk. One thing for sure, sejak touchdown Queenstown memang melekat with coats and jackets sampailah di Oamaru. Sebelum ni sejuk juga tapi okay lagi la. Petang sikit kita gerak ke campground di Te Anau.

A city like this. I would love to live here forever but on cold weather I'd change my mind. KFC dia guna VW Beetle. What a waste! Haha.

Got nothing else left to do? Singgah Glen Monarch Farm Tours nak tengok kambing biri-biri kena buang bulu. Baru rasa macam New Zealander! Sebenarnya, dalam banyak-banyak aktiviti berbayar, I was quite looking forward to have some time with the sheeps up close. Hari-hari tertanya-tanya bila nk bawa pi sheep farm rupanya dah terlepaih. Yaaaaa!

DAY 5
TE ANAU - MILFORD SOUND - PORTOBELLO

Alkisahnya harini dijadualkan bergerak jam 5 pagi tapi disebabkan malam sebelum dapat berita tegempar ada storm and jalan untuk ke Milford Sound ada gangguan jadi ditetapkan untuk bergerak jam 7 oleh tour guide kitorang. Pagi esoknya mengantuk-ngantuk pun digagahkan jua bersiap awal since katanya nak gerak jam 7. Tunggu punya tunggu, siap masak untuk simple breakfast and lunch, still tiada khabar. Alih-alih jam 7 lebih baru nak pi tanya receptionist, baru notify gerak lagi sejam, masa tu pukul 8 dah *pissed*. Lama betul menunggu khabar dari receptionist. I think we should be notified at least 30 minutes prior departure not after.

Okaylah so kita teruskan perjalanan pada jam 10 pagi (walaupun sepatutnya jam 9 since dia notify gerak lagi sejam at 8 o'clock). A tip, rasanya should gerak a little bit earlier. It's easier with small group. For us here, usually memang gerak waktu 9-10 pagi. Milford Sound ni sebab cruise dia ada waktu tertentu. Biasa ambil cruise 10 pagi. So memang kena gerak awal. Tapi dah lambat, kita kena ambil the next scheduled cruise. Tetapi takdir menentukan lagi, beratur kereta otw ke Milford Sound nihhh. Sebabnya 3 pokok besar tumbang atas jalan sebab storm semalam. Mak aih, lama lagila kena tunggu ni. Pagi tadi dah puas menunggu. So tour guide bagi option either waste 3 hours or more waiting or give up Milford Sound and take a walk around Te Anau city. Kerana terpaksa kami relakanlah. Made a u-turn, kembali ke Te Anau.

The long queue. Sementara menunggu sempat berkenalan dengan seorang aunty ni from US. Dia kata i'ts her dream to travel by caravan then dia tanya siapa drive. When I said 'I'm driving', dia pun in disbelieve. Man, what is so wrong with me driving.
'You shall not pass!' said Gandalf here. Milford Sound overview. Berpeluang melihat dolphins dan air terjun keluar dari gunung as high as 1000m.

Walaupun takde jodoh ke Fiordland, a little insight about Milford Sound. Kalau datang South Island, New Zealand, memang wajib naik cruise Milford Sound. Cruise that costs NZD80 but totally worth it. Even dalam perjalanan nak ke sana boleh rasa macam you're in the frozen world with snowcap mountains and with these attractions to be visited : Mirror Lake, Knobs Flat, Monkey Creek & The Chasm. Super awesome. Boleh cakap je lah. Sedihnyaaa! Haha.

Makanya, kita berjalan di bandar Te Anau. If masih tak berkesempatan beli souvenirs lagi, bolehla melabur duit di sini. Ada kedai orang Cina Malaysia named Luxmore Souvenirs dekat dengan lake. Cakap BM boleh dapat discount 5%-10%.

Sementara yang lain sibuk shopping, I'll always find myself at the lakes of each city I visit. Takpe pakcik saya teman.
Reaching Portobello Village Tourist Park. Uh oh, storm is coming.
Gaya macam tenang tapi tak tenang sebenarnya.
Batuan retainer tu dibawa ombak sampai atas jalan.

The storm affected quite a part of the city so malam ni kita bergelap lebih dari biasa. Our campground in Portobello pun affected. Terpaksa guna tandas siap-siap sebelum gelap. Memang tak mandilah kan. Tak nampak apa. Pastikan phone dah siap-siap install app torchlight. Tapi dalam caravan still boleh guna lampu cuma takleh charge anything. Biasanya charge gadgets every night dekat campsite. Sewa campsite yang powered. New Zealand ni waktu malam memang takde apa and susah nak berjalan sebab gelap.

If ada lebih masa singgah Nugget Point Lighthouse. Takpun stay at Riversdale's campground, esok pagi gerak ke Nugget Point Lighthouse.

DAY 6
PORTOBELLO - DUNEDIN - CADBURY WORLD - BALDWIN STREET - OTAGO BOTANICAL GARDENS - TUNNEL BEACH - OAMARU BLUE PENGUIN COLONY - WAITAKI

Banyak pula aktiviti harini. Seperti hari sebelumnya, bangun pagi, say 'morning' to anyone you encounter, bersiap, masak untuk lunch on the go, breakfast, then gerak. Bandar Dunedin ni pun one of my favorite. Cantik dihiasi seni bina Victorian & Edwardian. Sightseeing around Dunedin town : Town Hall building, The Octagon, Museum, Otago University.

Baldwin Street, The Steepest Residential Street in The World - Guinness World Book of Records. Turun boleh buat sijil for NZD2 tapi untuk orang yang pandai lukis, you'll definitely want to make it yourself.
Tak sabar nak lihat kebesaran Tuhan. Tunnel Beach pun listed as one of the ultimate experience.

Truly magnificient. Nangislah puas-puas kat sini. Truly rasa bersyukur dihidupkan di dunia.

Pergi Oamaru Blue Penguin Colony, nak jugak tengok penguins. Tunggu sampai pukul 8 malam muncullah dua ketul di sebalik batu batu dan timber boards. Comel gila. Amek gambar takleh flash nanti sian penguin tu. Buat bising pun takleh. DSLR mmg out lah..bunyi kemain. Nak tunggu lebih lama masing-masing dah lapar and ngantuk. Teruskan ke campground terakhir di Waitaki.

If korang masih boleh slot in aktiviti, enjoy the view of St. Kilda beach or Moeraki Boulders or maybe stop by Elephant Rocks. 

Harini rasa syahdu sikit sebab esok dah nak balik dah. First time travel rasa se-sepenat ini. Makin hari makin mengantuk tapi waa nak tinggal New Zealand. Banyak kali cakap benda tu. Orang kata doa orang bermusafir ni cepat dimakbulkan. Hehe.

DAY 7
WAITAKI - CHRISTCHURCH

Hari ke-tujuh adalah perjalanan pulang ke tempat bermulanya kenangan di South Island. Pulangkan caravan di depoh Apollo Christchurch before 4pm. Kitorang sampai 3pm. Orang Apollo tu buat a little inspection if ada rosak mana-mana. Alhamdulillah lepas. Naik shuttle ke airport, laparla pulak. Dekat airport ni sepertinya tiada yang halal. Kenapala tak masak untuk lunch harini? haha. Segala barang perkakas perlu dipulangkan sebersihnya seperti asal. Banyak gila bahan dan barang lebih diwakafkan kepada fellow backpackers. Tu lah sibuk nak beraya heart to heart talk yang tak berapa nak sampai ke hati lol.


Tq GML710 for the memories!

Flight jam 8 malam so lepas check-in dalam pukul 5 lebih, bajet sempat makan sebab lapar sangat. Plan asal nak beli instant food kat supermarket yang dia boleh panaskan using microwave tu. Tapi tak boleh. Yang boleh di-microwave-kan cuma certain brands je which tak halal. Nampak kedai Little India, order naan setiap seorang with one chicken dish. Asalnya nak makan kat situ, menyempat. Minta bungkus, berlari pergi airport balik. Takut tak lepas kastam, and nak kejar flight, makan macam apa. Haha. End of journey.

LIST OF MOTEL & CAMPSITES

N1 : Airport Lodge Motel
N2 : Lake Tekapo Motels & Holiday Park (Lakeront Lodge Backpackers)/*Glentanner Park
N3 : Queenstown Lakeview Holiday Park
N4 : Te Anau Lakeview Holiday Park
N5 : Portobello Village Tourist Park/*Riversdale
N6 : Waitaki Waters Holiday Park/*Dunedin Holiday Park/*Moeraki

*Alternative place for campsite. Tapi kat sini memang banyak campsite so actually boleh je pilih mana-mana ikut pilihan hati dan tempat yang dituju.

Habis cerita perjalanan dan proposed itinerary, here's on budget, tips, info on motorhome and camgrounds : New Zealand by Motorhome 2 : Budget & Tips
My review on the tour (Trip Adik Beradik) with tips on budget cut : Tour Review : Trip Adik Beradik to New Zealand (March 2016)

REFERENCES

1. Cuti-cuti New Zealand Day 1-7 (Itinerary by Amran Mohd)
2. Kembara dengan Campervan di Western (Tips Menyewa Campervan)
3. Pengalaman Campervan & Motorhome di New Zealand & Australia (Beza Campervan & Motorhome)
4. Kia Ora New Zealand (Persediaan Sebelum Travel by Motorhome & Itinerary Day 1-9)
5. This is How A Campervan Trip in New Zealand Will Make You Feel Miniscule (Travel Hipster-ly)
6. 23 Things Every First-Time Traveller in New Zealand Shoud Know
7. New Zealand Selama 13 Hari dengan Bajet RM3500