Jul 16, 2011

A Poem For Malays

Fresh Home-made Story by Faz Zulkifli

Owhh, I really LOVE this poem. It does reflect me a bit. Well, I am Malay after all :P The first time I heard it was during June this year when my friend took the chance to read it in front of me and other members.

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan.

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara.

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing.

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.

1 busy bodies:

Jul 11, 2011

This Coming Aidilfitri

Fresh Home-made Story by Faz Zulkifli

Fuhh..fuhhh..dah bersawang jugak blog nieh.. Al-maklumlah..I went on doing a pretty little business for the sake of my country. It's getting really sick now. GOVERNMENT!!! I really am screaming right know. Please do take your time for the citizens to hear the truth. You guys are too quiet! Okay stop until then. Let's have a fun talk :] Teeheehee XD Gelinya..

So..have you guys bought your baju raya? Haha..I usually don't get too excited about baju raya. I really don't care if I have to wear my 'old' baju raya (means have been wore not faded okayy). I thought this year I'll be wearing my old baju raya that I have wore 2 times only. But then my mom 'accidentally' asked me to take a look on cotton baju kurungs. So I did, just for a walk and window shopping. But then there is this one baju kurung that looks quiet exclusive. You can even wear it for dinner with the theme, 'Simple Exclusive'. Haha. And yes! I BOUGHT IT. No, my mom bought it. For me :]

Err..nope. My baju raya this year is not made up of cotton. It ended up that the sale of cotton clothes has stopped. The booths have closed. So we went to a boutique shop. What unbearable is that my mom thought the baju kurung that I want was on sale. About RM150. But my mom misheard. Me, too, was feeling weird when my mom said it costed RM150 because the price tag says it different. It says, RM 250 XP So when paying, we-are-quite-shocked-you-can-say. I want to say 'It's okay mom, I don't care. Up to you now'. Pstt..anak mithali kann.. But I didn't haha. And my mom payed it. Takpelahh, it's not often anymore that you can treat me as I have entered UiTM and be a VERRRY BUSY architecture student ;p After all, you are rich..I am poor. Hahaha..Jahatla pulak tadi mithali..

Sneak Peek : The colour. Colours are the same but the design is different.

Alrite! I'm going to get going. And see this: 100,000 People With Bad Request. It HUTRS me SO MUCH! Do you? He may be not too outstanding. But he tried. I do object him at times but never I want him to get lost :[ Sad..

Look at this boy to get happy again. Yeay! So cute ;]

2 busy bodies: