Mar 26, 2016

New Zealand : Budget & Tips

Fresh Home-made Story by Faz Zulkifli

Tunnel Beach, Dunedin
BAJET


1. Flight w/baggage : RM1500
2. VISA : RM20
3. Transit Melbourne 1D (baggage storage/bus/train/breakfast/lunch) : RM123.60
4. Christchurch town (shuttle/bus/tram/breakfast/lunch) : RM128.16
5. Accommodation before tour arranged by TAB (sebenarnya boleh dapat lebih murah if arrange sendiri) : RM160 
6. Sewa caravan/motorhome & powered campsite for 6D5N (share 6 orang) : RM437.75/harga TAB
7. Makan (Breakfast & Dinner) : RM100 bayar kat TAB diorang masak
8. Groceries (Lunch - share 11 orang) : RM46.08
9. Petrol (share 6 orang/caravan) : RM115.20 - RM200 max.
10. Activities (depends) : Milford Sound : RM230.40, Skyline Gondola & Luge : RM129.60, etc.

TOTAL : RM2990.79

Know that the price can be lower e.g. depends on the caravan/motorhome you rent.

Tukaran wang masa tu (harga money changer), RM2.88 = NZD1 / RM3.09 = AUD1. Masa dekat New Zealand, Ringgit Malaysia naik sikit, RM2.75 = NZD1. Boleh juga aktifkan debit card for international, withdraw guna ATM diorang, kena caj tambahan NZD3 tak kira how much you withdraw.

Flight, biasanya Air Asia X (KL-Melbourne) & Jetstar (Melbourne-Christchurch). But now Air Asia dah buka route from KL-Auckland mungkin lagi berbaloi. Explore your options. If tak nak extra charge on baggage, I suggest bawa backpack not luggage. Baju bawa sikit boleh guna laundry dekat campsite. Pastu kena sedar diri la untuk tidak shopping souvenirs and chocolates lebih-lebih. Jetstar akan timbang berat beg tu bila nak balik.

Regarding taking a tour, in my case, Trip Adik Beradik, they'll cover point (6) only selain daripada guide perjalanan korang. Segala urusan deposit, insurance, liability caravan and book campsite diorang buat. Depa tak cover point (2) & (7-9). Point (2) pun beli through diorang kena charge RM60. Makan breakfast and dinner included, depa masak tapi bayar lebih RM100. I said this sebab I thought all included in the tour. Depa pun tulis 'all ground' excluding FLIGHT and ACTIVITIES. Taktaulah 'all' tang mana. Minyak tu pelik juga murah gitu sebab tengok bajet orang lain RM200 lebih. Nampak sangat tak berjalan ke cane.

So for point (6), refer this web utk cara menyewa sendiri caravan/motorhome : Kembara dengan Campervan di Western Australia.


Cadbury World, Cumberland St., Dunedin.

Perbelanjaan hawa nafsu, kudapan, souvenirs, chocolates, laundry, needs, tak banyak pun since bukan jenis berbelanja so habis dalam NZD38 je hahaha. Entah apa la dibuatnya belanja NZD38 je. Nak jimat lagi, kalau boleh semua benda nak share.

LAGI PENGALAMAN DAN TIPS

The campsite.

1.  Bila dah sampai campsite, first thing first, sambung wayar electric, buang air (air caravan ye), refill air. But, ada certain campsite 'dump site' dia asing. Maksudnya bukan sebelah menyebelah dengan tempat sockets for electricity, so, bila nak alih caravan tu cek dulu bersambung tak wayar electric. Kitorang lupa, dah satu hal nak baiki, beli baru.

Kanan for water supply. Kiri power house.
Buang air penggunaan sinki dan tandas tu kat sini - grey water disposal. Toksah buat perangai buang merata macam budaya kita tu haha. Depa ni memang ada tempat khas untuk buang waste.


2. Motorhome memang ada toilet tapi tak guna sangat sebab memikirkan hygiene and takyah susah-susah nak bersihkan, nak buang our waste lagi. Setakat nak ambil wudhu' bolehla. Tapi ada sekali tu tak tertahan sangat, kerana terpaksa direlakanlah.

Since tak guna tandas, jadi storage. Tandas dia ni bersih memang takde bacteria. Condition motorhome bila dapat pun memang tip top.

3. Dapat caravan minyak penuh. So, pulangkan pun kena minyak penuh. Bukan sekering-keringnya.

4. At each campsite, fasiliti dia lengkap, kitchen, laundry, you name it. But since motorhome ada dapur, masak dalam tu je lah. Takdelah bersesak dalam kitchen yang dihiasi bau bacon hehe. Melekat kat baju. Tapi kalau saje nak cari jodoh, bolehla HAHAHA. Segala peralatan yang sedia ada dalam motorhome perlu samak actually - pinggan mangkuk, periuk, utensils, etc. Begitu juga sponge/berus pencuci yang disediakan di kitchen campsite pun kalau boleh elakkan. So, bawa berus samak siap-siap dari Malaysia tau.

Public kitchen di campsite Te Anau. Habis guna, cuci, lap. Jangan dok buat perangai Malaysia kat sini. Sisa makanan buang dulu jangan main basuh je kat sink tu.
Public cafe/lounge sebelah kitchen di Te Anau.
Motorhome's kitchen.
Motorhome's microwave.

5. Laundry dia paling murah boleh dapat NZD2/machine dekat Queenstown. Nak murah semuanya dekat town. If dekat Te Anau, jadi NZD4/machine. Rajin-rajinlah berkongsi dengan travel partner.

6. Caravan ni ada roof vent - tengah, belakang, dalam toilet. Kalau tiba-tiba cuaca sejuk gila sebab tak menentu bila kita bergerak dari utara ke selatan ni, janganla lupa tutup bendalah ni ea. Tingkap pun cek dulu dah tutup belum!

7. Korang akan rasa cuaca sejuk dan panas - tapi takdelah panas pun, sejuk juga. Bawalah jacket yang agak tebal or pakai inner, glove, lip balm, face moisturizer - penting semua ni! Even bukan winter pun.

8. Sebab breakfast and dinner TAB masakkan, kitorang masak lunch je. Since siang kita bergerak, lunch masak waktu pagi, store dalam tupperware. Bangun Subuh terus masak nasi. Beli siap-siap groceries on the first day. Tengah hari dah lapar kang berhenti tepi jalan, makan.


First day sampai 3 pots masak nasi.
Lunch at Lindis Pass.

9. Nak beli ayam tu, cari brand Tegel/Brink's - HALAL. Tegel's Satay Chicken sedappp! Though NZ ni home to the World's Largest Halal Slaughter Houses, kena cek juga status halal dia from time to time.

10. If pergi mart, tolonglah beli Dad's Pies - supermarket takde. Serious sedap. Muffin pun sedap tapi tak ingat brand apa. Boleh cakap je lah haha.

For express lunch.

11. If tandas campsite unisex, try cari yang asing. Sometimes jauh sikit tersorok. Kadang-kadang tu memang asing tapi sebab dia nak cuci, dia tutup satu tandas, jadila unisex. Suka hati je kan. Tolonglah berteman and jangan tinggal kawan korang tu. Takut bila berkongsi ni ada pulak yang mabuk-mabuk, bersuka ria, tak tau kenapa nak have fun dalam tandas ni, silap haribulan kena intai - high sangat. Paling kena bejaga kat Queenstown sebab tumpuan pelancong. Ramai orang sikit and muda. Biasa orang tua je.


Tandas unisex Lake Tekapo Holiday Park. Bestnyalah public toilet bersih.

12. Paling nak elak bila drive ni haruslah saman. Ikut had memandu tu satu hal tapi since kita drive motorhome, if satu lane je and jalan sibuk, kena ingat orang belakang. Kalau panjang beratur belakang kita, bagi signal ke kiri then bagi laluan kat diorang. Drive slow pun satu kesalahan gak. Masalah. Caravan kitorang ikut caravan depan, kitorang pun rasa diorang slow, tapi kitorang pun kena sound juga sebab rapat sangat. Nasib tak kena saman.

Nak merasa bawa VW.

13. Bila motorhome tengah gerak, tak boleh duduk ruang belakang - either driver seat or kat tengah. Awal-awal rajinla transform meja - katil - meja. Lama-lama tu biar je katil. So masa polis kejar, kelaut semuanya. Situasi dalam caravan masa tu serius dengan bunyi siren polisnya, tapi saya tahan gelak sebenarnya sebab ada orang buat aksi superwoman transform katil - meja all by herself bahahaha. Semua benda dicampak, entah rupa apa tah masa tu.

Meja di ruang tengah. Ruang belakang tu syiok sebab luas.

14. Angin kuat. Tersangat kuat. Bila drive tu, kena grip stearing, memang terasa caravan tu ditolak. And if nak keluar, tgk kondisi angin, boleh terbang pintu tu - serious. Especially driver's.

15. High Country Salmon burger. Paling murah NZD5. Syiok ikan salmon hidup dalam air biru.


Mohon food companies ikut ni - isi yang gemuk, bukan roti.

16. Opt for free shuttle to and fro airport through your booked motel/campervan.

17. Jangan langgar lampu merah!!! Kamera ada di mana mana

Itinerary here : New Zealand by Motorhome 1 : Itinerary & Experiences
Review for Trip Adik Beradik here : Tour Review : Trip Adik Beradik to New Zealand (March 2016)

5 busy bodies:

Unknown said...

Wow wow wow semua gamba cantikkk..gunung tu subhanaallah..faz drive sendiri?seriusss beraninye...mcm lorii kottt..manual ke auto?haha

Unknown said...

mcm mana korang sama pinggan mangkuk periuk tu semua eh...

Unknown said...

samak**

Faz Zulkifli said...

@haslinda shah boleh beli siap2 berus/pencuci samak (asas tanah) dari sini. so basuh pinggan mangkuk senang. guna tu je. contoh: sabun jenama 'Taharah' tu.

Anonymous said...